<BODY><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d22530785\x26blogName\x3d_____%60ASSALAMUALAIKUM+__+++++++++BLOG...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://wanita-terkini.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://wanita-terkini.blogspot.com/\x26vt\x3d806156785145068515', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
Monday, April 24, 2006
MENGAPAKAH IBU SAYA LAYAK UNTUK MENJADI IBU TELADAN ?

Senang sahaja. Saya ingin memulakan topik ini dengan mengatakan bahawa setiap tahun, seorang ibu akan dipilih sebagai ibu yang terbaik. Dia harus menunaikan semua tanggungjawabnya sambil memberi kasih sayang kepada keluarganya. Dia harus pandai mengatur masa supaya dia dapat memasak dan menjaga kesihatan keluarga dan dirinya sendiri.

Ibu saya adalah seorang ibu yang terbaik bagi saya dan saya ingin membuktikan kepada orang bahawa saya tidak salah.

Ibu saya seorang ketua di syarikatnya dan dia bekerja di tempat yang sama dengan ayah saya. Mereka berdua bekerja daripada jam 8 pagi hingga 6 petang. Saya tidak mempunyai pembantu rumah. Walaupun saya malas untuk membuat kerja rumah, ibu saya akan pulang terus selepas tanggungjawab di tempat kerjanya sudah habis dan langsung melalukan kerja rumah. Walaupun dia sibuk, dia tahu bahawa kesihatan itu lebih penting. Dia akan mengambil sedikit masa untuk memasak lauk-pauk kegamaran kami sekeluarga dan memakannya bersama. Setelah itu. ibu akan bersembahyang dan mandi. Setelah semua itu sudah selesai, ibu akan tidur. Selalunya, ibu tidur pada jam 11 malam.

Saya sedar akan tekanan yang diberi pada ibu. Oleh sebab itu, saya ingin mengakhiri topik ini dengan mengatakan bahawa ibu saya bukan seseorang yang senang memutus asa dan dia akan melalukan tanggungjawabnya sendiri, tanpa bantuan orang lain.
 
5:27 PM | 5 comment - vieworwrite



Wednesday, March 29, 2006
WANITA TIDAK SESUAI MENCEBURKAN DIRI DALAM POLITIK ? ADAKAH WANITA TIDAK LAYAK JADI PEMINPIN SESEBUAH NEGARA ? SETUJUKAH KAMU DENGAN KENYATAAN TERSEBUT ?

Saya TIDAK setuju. Mungkin lelaki lebih kuat dalam segi fisikal, tetapi wanita lebih matang dan kuat di fikiran.

Kini, ramai wanita, berbandingkan dengan lelaki, yang menghabiskan pelajaran hingga ke Universiti. Mereka berusaha untuk mendapat kerja yang sesuai dan berpangkat tinggi. Ini telah membuktikan bahawa wanita ada kelayakkan. Kadang-kala, mereka sanggup buat apa-apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka hendak.

Jika wanita menceburkan diri dalam politiks, mereka dapat memperbaiki keadaan sesebuah negara, terutama sekali, Singapura. Mereka akan bekerja keras untuk Singapura. Ini semua terbukti dalam hidup seorang wanita.

Seorang ibu akan menyuap anaknya setelah ayahnya mendapat duit untuk membeli makanan. Ibu saya suka memakan ayam tetapi jika saya lapar, dia akan memberi saya makan semuanya. Dia memberi saya lebih duit sekolah jika saya ada kelas tambahan. Buat apa ? Supaya saya dapat makan jika saya lapar dan juga kerana ibu hendak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Wanita SANGGUP. Buktinya terpampar di sekeliling. Tidakkah mereka mempunyai faktor yang sesuai untuk menaikkan lagi negeri ini ?

Lelaki pula kadang-kala mudah naik darah. Bukankan itu satu halangan untuk meminpin sebuah negara ? Semua orang ada keburukkannya. Kita tidak patut menilai seseorang dari segi fisikalnya. Kita harus lebih mengenali orangnya. Mungkin wanita nampak lemah dan lembut, tetapi ada di antaranya yang berfikiran positif dan mungkin sesuai untuk menjadi seorang peminpin yang lebih bagus dari semua lelaki di dunia ini. Manalah kita tahu ? Kita harus mencuba dahulu. Tanpa mencuba, bagaimana harus kita BERMAJU ?
 
9:41 PM | 5 comment - vieworwrite



Thursday, March 09, 2006
Fitrah binte Amir
Blk 412 Compass Rose Walk
#06-78
Singapura 253412
Menemui saudari Alsagoff Alwa-nadia'a
Dengan selamatnya,
Apa khabar sahabat karibku? Sudah enam bulan kita tidak bertemu. Saya harap saudari sihat walafiat. Saya sihat di sini.
Bagaimana dengan ceramah kerjaya yang telah saudari hadiri? Saya harap ia telah menolong saudari serba sedikit untuk memilih institusi yang sesuai nanti.
Di Singapura ini banyak juga institusi-institusi yang bagus. Pertama sekali, Institusi Raffles. Institusi itu terdapat banyak fasiliti. Contohnya, kolam renang, gelanggang badminton dan juga perpustakaan yang terbesar berbanding dengan institusi-institusi lain. Taraf akademiknya juga tinggi. Kebanyakan doktor, pengurus besar dan peguam datang dari sana. Kini, mereka semua terkenal dan sering ke luar negara untuk bekerja ataupun meneruskan pelajaran mereka. Di sana, ramai pakar-pakar bisnes akan sering datang untuk memberi pekerjaan ataupun memberi ceramah tentang bidang bisnes.
Selain daripada Institusi Raffles, Institusi Alwahidah juga mempunyai fasiliti yang bervariasi. Dalam segi akademik, ialah yang terbaik di Singapura. Murid-muridnya sering ke Amerika dan Europa untuk belajar bersama murid-murid di sana. Mereka akan saling berkongsi pengalaman. Murid-murid ini pula tidak harus membayar wang yang banyak. Mereka hanya perlu membayar $100 setiap tahun untuk tiket kapal terbang mereka. Bagi para siswazah, mereka selalunya ke luar negara untuk bekerja.
Di institusi WellingField pula sesuai dengan orang yang minat dengan budaya muzik, berlakon dan seni persembahan. Di sana, bayaran sekolah lebih mahal. Murid-murid harus membayar $6000 setiap tahun. Murid-murid yang sedang belajar menjadi pelakon akan diberi peluang untuk berlakon di televisyen. Mereka juga dibayar wang yang boleh sampai ke jumlah $500.
Tidak semestinya untuk menjadi artis yang terkenal, saudari harus ke sana. Saudari boleh ke institusi Raffles kerana mereka juga ada kos dalam bidang muzik dan lakonan.
Dengan itu, saya ingin mengatakan bahawa pada pendapat saya, Institusi Raffles adalah yang terbaik bagi saudari. Lagipun, malu berkayuh, perahu hanyut, malu bertanya, sesat jalan. Kita harus rajin belajar untuk berjaya dalam hidup.
Sampai di sini sahaja surat ini. Saya harap saudari akan dapat memasuki institusi yang akan saudari memilih. Semoga berjaya. Jangan lupa mengirim salam saya pada ibu bapa saudari. Moga kita boleh berjumpa lagi. Wassalam.
Yang Benar,
Fitrah
`Nadia____
 
5:51 PM | 5 comment - vieworwrite



Wednesday, February 22, 2006
` KEKAYAAN___



Pada saya, kekayaan itu penting tetapi kesihatan juga sepenting. Apabila kita sakit, duit akan diperlukan untuk ke klinik. Apabila pendermaan organ ataupun darah diperlukan, duit juga diperlukan.

Kekayaan tidak semestinya bermakna yang kami boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja. Kami harus pandai berjimat-cermat.

Ramai orang menggunakan wang untuk membeli-belah ataupun membeli benda-benda yang tidak diperlukan, seperti pakaian dan kasut tren baru. Ini semua tidak digalakkan oleh masyarakat Singapura. Tabiat ini hanya membuang wang sahaja. Ia harus dibuang.

Tabiat sebegini merosakkan kesihatan minda. Kami tidak boleh fikirkan bahawa jika kami kaya, kami boleh menggunakan duit untuk apa sahaja.
 
6:14 PM | 5 comment - vieworwrite



Wednesday, February 15, 2006
Pada pendapat saya, Singapura memang sebuah negeri yang selamat, tetapi kita tidak boleh yakin bahawa kita akan selamat buat selama-lamanya.

Namun, Singapura telah menyediakan pihak-pihak untuk menjaga dan melawan untuk negeri kita jika terdapat apa-apa kesusahan di Singapura.

Saya amat gembira apabila diberitahu bahawa pihak SCDF sudah bersedia untuk mempertahankan negeri kecil ini.

Sekolah saya juga telah mengadakan catuan makanan. Murid-murid hanya diberi biskut dan sebotol air jarang untuk dimakan. Kantin-kantin tidak dibuka hingga waktu sekolah berakhir.

Latihan memadamkan api juga telah diadakan. Murid-murid perlu beratur lalu terus ke gelanggang basket dalam tiga minit.

Walaupun semua ini telah diadakan, ia tetap tidak cukup untuk memastikan keselamatan warga Singapura. Masih ada banyak masa, waktu dan tempat untuk mempertingkatkan lagi pihak-pihak SCDF, polis dan banyak lagi.

Bukan mereka sahaja yang penting, kita semua sebagai warga-warga Singapura harus bersedia untuk segala cubaan. Terdapat banyak cara-caranya. Pertama, kita harus tahu di mana harus kita pergi apabila masa-masa susah datang.
 
6:29 PM | 5 comment - vieworwrite





NADIA
` 17 October 1990
` Singaporean
` Wanita
_
` Minat Fesyen

` Menyayangi Kawan-Kawan Rapat

` Muslim


TEMAN-TEMAN
EKAMATRA Mas
EKAMATRA Sharifah
EKAMATRA Afeza
EKAMATRA Ayu
EKSPRESI Sue
EKSPRESI Aff
EKSPRESI Naz
EKSPRESI Izzah
link

SENARAI HARAPAN
` Untuk lulus peperiksaan GCE 'O' dengan cemerlang
` Mendapat beg sekolah baru

designed by: Nadia

  

<"align:right"><"align:right"><"align:right"><"align:right"><"align:right">